Saturday, July 24, 2010

Menuruni arus deras sungai Kiulu, Sabah

Semalam kami melaksanakan satu aktiviti yang dirancang enam bulan yang lalu. Sebenarnya ideanya bermula tahun lepas iaitu selepas berjaya berakit mengilir sungai Pahang.

Apa yang boleh saya katakan,

Sungguh indah negeraku, alam semula jadi yang menarik dan memukau. Bila melihat Gunung Kinabalu dari jauh, nampak begitu gagah.

Lepas itu kami sampai di hulu sungai Kiulu. Kami 11 orang naik dua bot getah. Amran yang baru menyambung tugas ikut serta tetapi tidak boleh ikut aktiviti yang lasak ini. Dua orang minah mat salleh naik sekali. Pihak Exzotic Edventure minta kami benarkan mereka dari Belanda naik sekali. Kami ada sikap yang friendly, mereka dialu-alukan. Kakak naik bot saya dan adik naik bot yang satu lagi.

Tidak dapat digambarkan betapa mencabarnya aktiviti ini. Saya di haluan menjaga arah. Tidak disangka, satu ketika bot kami yang sedang laju dibawa arus meluncur menghentam tepat tebing batu. Bot hampir terbalik, saya nyaris tercampak ke batu tetapi sempat mengelak dan jatuh semua dalam bot. Sungguh malang, mat salleh itu tercampak ke tengah arus yang laju itu. Nasib baik dia boleh mengapungkan dirinya. Kami bertungkus lumus berkayuh menghampirinya. Kami telah diajar bagaimana menyelamatkan rakan yang bercampak dalam sungai. Dengan mudah sekali Syed, Nordin dan Zul menarik dan mengusung minah itu ke dalam bot. Kami ingatkan dia takut, rupanya dia turut ketawa. Rupanya minah itu pandai berenang. Jaket keselamatan yang kami pakai terbukti berfungsi dengan baik.

Saya akan sambung lagi.

Esok kami akan bergerak ke kaki Gunung Kinabalu.

2 comments:

  1. erkkkkkk macam best..... semoga berjaya sampai ke puncak gunung kinabalu.

    ReplyDelete
  2. Oh berkat semangat berpasukan lapan orang (termasuk saya) berjaya menjejakkan kaki di puncak tertinggi Gunung Kinabalu semalam 27 Julai 2010, jam 7.14pagi. Sangat mencabar. Cita-cita kami tercapai juga akhirnya.

    ReplyDelete