Sunday, February 7, 2010

Budak sanggup belajar pada hari Ahad 7 Februari 2010, mengikuti PROLIT BM

Saya menerima laporan pemantauan daripada pegawai saya yang membuat pemantauan seperti berikut:

***********************************************************************
1. Seramai 30 daripada 37 orang murid lemah Bahasa Malaysia masih sanggup datang belajar pada hari minggu di SK Inderashah Bandar, Kuala Pahang.
2. Seramai 71 daripada 89 orang murid lemah Bahasa Malaysia masih sanggup datang belajar pada hari minggu di SK Peramu Jaya, Peramu.
3. Seramai 49 daripada 71 orang murid lemah Bahasa Malaysia masih sanggup datang belajar pada hari minggu di SK Seri Terentang, Pekan.
4. Peratus kehadiran hari ini ialah 75.6%

********************************************************************************

Ini adalah satu kejayaan besar kerana setiap 4 orang murid yang tidak pandai, 3 orang sanggup datang belajar. Apakah tarikan yang menyebabkan mereka sanggup datang?
Semalam saya bertanya mereka, “Nak datang lagi esok?”. Semua mereka angkat tangan.
Saya Tanya lagi, “Apa sebab mahu datang lagi?” Semua kata, “Suka belajar”.
Walaupun tidak seratus peratus ikhlas, tetapi tiga per empat daripada mereka telah mengotakan janji mereka. Ini juga tanda budak-budak itu suka belajar dengan fasilitator tersebut. Ini juga merupakan tanda kejayaan awal Program Kemasyarakatan Pelajar Tingkatan Enam SMK Ahamd. Tahniah! Namun begitu usaha perlu diteruskan. Budak-budak itu mula ada minat, mula ada momentum. Melalui PROLIT ini juga menyerlahkan keterampilan pelajar tingkatan enam. Malah saya lihat ramai yang ada bakat jadi guru. Walau bagaimana pun kita mesti kenali mereka yang tidak hadir itu? Apakah sebabnya? Tercicir lagi di kalangan yang tercicir.

Kepada,

Tuan Haji Razali Saruji Pengetua SMK Ahmad
Cikgu Hassan bin Mutalib, Guru Penyelaras Tingkatan Enam SMK Ahmad
Terima kasih kerana membenarkan pelajar anda mengambil bahagian dalam PROLIT BM.

Pelajar-pelajar tingkatan enam SMK Ahmad
Terima kasih dan tahniah kepada anda kerana menunjukkan kesungguhan menjayakan PROLIT. Anda semua ada kelas.

Kepada
Semua Guru Besar daerah Pekan
Semua guru yang mengaggotai pasukan perancang PROLIT
Semua guru Bahasa Melayu dan guru pemulihan
Semua guru yang mengurus kehadiran murid
Terima kasih atas pengorbanan buah fikiran, tenaga, masa dan wang ringgit hingga PROLIT ini berjaya dilaksanakan.

Kepada
Semua pegawai PPD Pekan yang terlibat
Terima kasih atas sokongan dan komitmen anda semua. Saya tidak boleh bekerja seorang diri. Mari kita teruskan semangat CPO.

Kita telah kumpulkan antah itu.
Kita telah mula mengisar semula.
Jangan berhenti separuh jalan.
Ingat! kita mahu jadikan kueh.

Kampung Sentosa, Maran
Ahad, 9.35 malam
7 Februari 2010

No comments:

Post a Comment