Sunday, February 28, 2010

Terima kasih SK Chenor, SK Sentosa dan SK Temin

Sudah lama saya tidak update blog ini. Sibuk, line internet slow dan letih. Itulah sebebnya. Hari ini saya cuti, ambil peluang jenguk blog ini. Nak dapat line kena pergi ke atas bukit Kelab Golf Maran. Siksanya nak dapat line di Maran ini. Maaf bocor rahsia tempat sendiri. Sewaktu saya kecil dulu, kami tinggal di Kampung Pesagi. Hendak pergi sekeloah menengah kena naik bot atau perahu menyemberang sungai Pahang. Lepas itu kena jalan kaki pula 2km, lepas itu tunggu bas berjam-jam untuk pergi ke Temerloh atau Kuantan. Kami adik beradik rasa kampung kami jauh di pedalaman kerana tiada perhubungan jalan yang pantas. Nasib baik ayah kami degil dan ada wawasan, dipaksanya kami pergi sekolah. Hari ini anak saya merungut bila balik sangat susah kerana line internet sangat slow, tunggu berjam-jam, mereka berasa bengang, terpaksa kelek komputer ke bandar Maran (masih slow juga). Mereka tengah sibuk nak mohon kerja melalui internet. Saya ada dua orang anak yang baru tamat belajar. Semua kerja mesti mohon melalui internet. Inilah masalah orang kampung ketika ini. Kereta boleh sampai laman rumah tetapi masih dikira pedalaman. Ukuran pedalaman era tahun 2010 dan tahun 1970 jauh berbeza. Pemimpin selalu bercakap fasal jurang digital. Memang betul, kami sedang merasainya.

OK mari ikuti pengalaman manis yang saya lalui beberapa hari yang lalu.

24Februari 2010, jam 8.30malam kami seramai 49 orang (GB-46 dan pegawai PPD) melawat SK Chenor pada waktu malam. Naik bas menempuh jalan kampung hingga tersesat. Bila sampai ramai GB terkejut melihat murid darjah lima dan enam belajar, guru sanggup datang mengajar. Mereka telah adakan kelas malam sejak bulan Disember yang lalu. Bapa sanggup hantar anak naik motorsikal. Hairan, bagaimana penjaga sanggup hantar anak belajar pada waktu malam pada hal jaraknya ada hingga 5km. Tentu aktiviti p&p nya istemewa. Tentulah, kalau tidak masakan boleh dapat GPS 1.31 dan 100% (2007,2008 dan 2009).
SK Chenor ini sekolah SKM, banyak kekurangan peralatan mengajar. Kelengakpan lainpun tidaklah hebat sangat, masih banyak kekurangannya tetapi semangat kerja GB dan gurunya ada kelas. Semangat PIBG dan ibubapa juga hebat. Guru Besar ikut sekali mengajar kelas malam dan siang. Kita lihat kepimpinan turut serta dan kepimpinan model. Itulah senjata utama mereka. Jika anda mahu melawat sekolah ini jangan kedekut,hulurlah derma boleh bantu sekolah. Sekolah kecil ni kalau nak belanja makan dan minum pun tak terdaya juga sebab ramai yang datang. Kalau sekolah ini makin ceria dan makin maju ada juga saham kita. Pastikan tahun 2011 SK Chenor akan ditabal SBT. Saya berani cakap sebab saya sangat memahami situasi sekolah ini.

25 Februari, jam 7.10pagi rombongan kami sampai di SK Sentosa. Kami melihat program perhimpunan membaca waktu pagi. Semua murid duduk atas tikar dalam kumpulan 8 hingga 10 orang. Setiap kumpulan diawasi oleh guru termasuk GB ada kumpulan juga. Ada murid yang menulis dalam buku NILAM. Mereka membaca 15minit, tiga kali seminggu. Program ini dinamakan JOM BACA telah digerakkan secara berterusan sejak awal tahun 2007 yang lalu. Walaupun GB telah bertukar tetapi program JOM BACA tetap hidup. Di akhir program dua orang murid ke hadapan menerangkan apa yang dibacanya, mereka faseh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Encik Nasir, GB sekolah ini mengatakan budaya membaca ini sudah mula sebati, ramai yang membaca buku waktu rehat dan sebelum masuk kelas. Keputusan peperiksaan UPSR semakin cemerlang. Tahun 2009, GPS 1.60 dan peratus lulus semua mata pelajaran ialah 87%. Encik Nasir percaya program JOM BACA banyak membantu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ini. Kekuatan yang diperhatikan ialah semua guru memikul tugas menerap budaya membaca. Inilah yang dikatakan semangat kolaboratif.

25 Februari, jam 10.30pagi kami sampai di SK Temin. Tn hj. Hamidon bin Abu Bakar tercegat menunggu kami. Kebanyakan kami terpegun melihat persekitaran yang sangat istemewa, menarik murid untuk hadir dan belajar. Saham sekolah ini semakin tinggi selepas mengikuti tayangan mulitimedia. Semua berasa kagum. Bermacam-macam anugerah yang digondolnya. PSS adalah nadi kemajuan sekolah ini. Kelas murid potensi pula paling cantik dan ada macam-macam bahan pembelajaran di belakang. Pengurusan sekolah ini sangat prihatin kepada murid yang lambat faham belajar. Saya lihat GB sekolah ini ada wawasan, berani dan berjaya mempengaruhi guru melalui komunikasi yang berhemah. Saya kenal benar Hj Hamidon, beliau adalah seorang ketua yang dihormati dan disegani oleh guru dan masyarakat. Beruntunglah masyarakat Temin kerana memiliki sekolah yang hebat, dapat memberi didikan yang sempurna. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SK Temin.

Saya percaya banyak benda yang dapat dipelajari oleh GB daerah Pekan. Kami mahu kepimpinan GB Pekan lebih berwibawa dan ada idea baru yang boleh digerakkan di sekolah masing-masing. Dalam NKRA, memang menekankan mutu kepimpinan. Kepimpinan Guru Besar adalah faktor utama untuk menghasilkan sekolah yang maju. Program galakan membaca perlu dimeriahkan. PSS kita perlu ditingkatkan keupayaannya sesuai dengan arah tuju kita semua PSS Pekan mencapai empat bintang 2010. Nah, apa lagi idea baru dah ada dalam kepala, laksanakan segera sebagai satu langkah menterjemah PENDIDIKAN PEKAN MELANGKAH MAJU.

No comments:

Post a Comment