Monday, February 8, 2010

Tengok sendiri apa kekuatan sekolah yang dicalon SBT 2011 JPNP

1. SK Chenor, Maran, Pahang. Apa istemewanya sekolah ini? Sebuah sekolah kurang murid, jauh dari bandar tetapi mengikut Skor Komposit, NKRA pada kedudukan pertama daripada 7000 sekolah rendah seluruh Malaysia. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011.

2. SK Sentosa, Maran, Pahang. Tiba-tiba aja popular bila disenaraikan pada tempat ke 85 daripada 7000 sekolah rendah seluruh Malaysia. Skor Komposit sekolah ini berada di tempat kedua di Negeri Pahang. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mencalonkan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011.

3. SK Temin, Jerantut, Pahang juga dicalonkan oleh JPNP sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011. Sekolah ini sudah terkenal kerana banyak menang anugerah di peringkat kebangsaan

Satu cara yang pantas untuk maju adalah melalui kaedah tengok sendiri sekolah yang maju dan tiru yang sesuai. Kita bandingkan dengan sekolah kita. Apa kelebihan mereka? Apa kekuatan kita? Apa persamaan kita dengan mereka? Jika kita melawat tiga sekolah di atas itu, kita pasti akan dapat modal baru yang boleh diparkatikkan di sekolah kita.
Telah lama saya bercadang hendak membawa Guru Besar melawat ke sekolah-sekolah yang kedepan seperti yang di atas itu. Baru sekarang saya telah dapat tarikhnya iaitu 24 hingga 25 Februari 2010 ini. Pagi ini saya pergi ke SK Sentosa dan SK Chenor berjumpa dengan Guru Besar. Mereka bersedia menerima rombongan kami seramai 47 orang nanti. Saya nampak muka cikgu Azhar Koming tergamam bila mendengar 47 orang ikut serta dalam lawatan ini nanti. Saya menghubungi Encik Hamidun, GB Temin. Hamidun adalah kawan rapat saya sewaktu saya bertugas di Jerantut tahun 70an dulu. Sewaktu di pejabat saya berbincang dengan Ustaz Sabri, GB SK Ahmad selaku YDP MGB Pekan dan Encik Razak, Penyelia Cemerlang Sekolah Rendah. Saya meminta mereka melaksnakan semua yang di atas itu.

Sebelah petang saya masuk ke “Air Asia on line booking”. Saya mahu beli tiket pasukan PPD mahu pergi ke Kota Kinabalu untuk melaksanakan misi mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu. Berkali-kali saya mencuba ada sahaja silapnya, maklumlah ini pengalaman pertama usaha sendiri beli tiket cara on line dan bayar melalui e-klik CIMB. Ini semua kaedah terkini dalam era siber ini. Akhirnya selepas mencuba berkali-kali akhirnya saya berjaya. Rancangan kami telah maju selangkah lagi.

Saya mesti membuat persediaan fizikal yang secukupnya. Walaupun lerlewat saya kuatkan semangat pergi ke Komplek Rakan Muda melakukan latihan berjalan laju dan berlari. Saya berlatih macam minggu lepas juga tetapi kelajuan putaran dicepatkan sedikit. Berjalan dan kadang-kadang berlari anak selama 30 minit sangat mencabar. Ada kalanya terasa mahu berhenti tetapi saya pujuk diri saya, “Orang yang hendak mendaki gunung mesti kuat semangat”. Peluh membasahi baju, muka dan kulit kepala. Sungguh seronok bila berjaya menghabiskan jarak 2.76 km dalam masa 30 minit. Minggu lepas saya berjalan sejauh 2.59km dalam tempoh yang sama.

Kampung Sentosa, Maran
Ahad, 11.35 malam
8 Februari 2010

2 comments:

  1. Tahniah! sebagai PPD yg prihatin terhadap taraf pembelajaran anak bangsa,saya angkat tabik.Dengar cerita nak pencen dah...apa projek lepas tu...tentu tulis buku macam cikgu Midah...baguslah.Sayya tulis blog mengambil masa...nak tulis buku tak de idea.

    ReplyDelete
  2. OK terima kasih abang Long sanggup merayau. Saya saja nak tolong masyarakat kampung, kemiyan ada secotot, itulah ajalah pengerasnya. Hebatnya orang pencen. Saya memang dah hantar permohonan nak pencen tapi ramai yang tak beri, binggung juga dibuatnya. Ok kalau ada idea nak majukan penguasaan BM di kalangan budak kampung dan pedalaman beritahulah, tq

    ReplyDelete