Sunday, May 30, 2010

Gelagat Pendaki Bukit Pelindung

30 Mei 2010, 10pagi.
Saya memulakan langkah mendaki Bukit Pelindung sendirian lagi. Jalan mendaki kelihatan basah dan cuaca nyaman tidak seperti semalam sangat panas. Selepas beberapa minit saya bertemu seorang wanita veteran, saya menyapanya dengan ucapan “selamat pagi”. Beliau terus memuji, “Wau your dress look macching. shirt red, track bottom white and shoes’s color combination of white and red, very smart.” Saya tersenyum aja, tak dapat nak kata apa-apa hanya kata “Thank you” sahaja. Terasa seronok juga dipuji. Rupanya bukan kanak-kanak dan remaja sahaja suka dipuji, semua golongan rupanya. OK, elok juga kita murahkan senyum dan beri pujian bila patut.

Saya terus melangkah, di hadapan kelihatan sekumpulan pendaki mungkin satu keluarga melangkah turun. Tiba-tiba seorang wanita yang dewasa tergelincir, menggelonsor dan terhentak. Melihat mukanya, saya percaya beliau kesakitan. Dia dipapah oleh ahli kumpulannya. Saya lihat wanita itu mengepit beg tangan dan tangan kanan memegang botol air sewaktu dia jatuh. Sebaik-baiknya sewaktu mendaki, kita berlengang tangan sahaja agar badan dapat diseimbangkan bila tersampuk atau tergelincir. Mulai saat itu saya lebih berhati-hati melangkah naik.

Beberapa minit kemudian saya ditegur pula oleh seorang kanak-kanak dari satu keluarga. Dia berkata, “Good morning.” Saya membalas pantas, “Good morning.”

Berselisih pula dengan satu keluarga ; ibu dan lima orang anak. Anak yang paling kecil masih pakai baju tidur. Saya bertanya, “Sampai ke puncak ke?”. Si ibu membalas, “Separuh jalan aja.”
Di tengah hutan ini kedengaran bunyi nyaring bersahutan. Suara siamang atau ungka kah itu?. Inilah bunyi yang menjadi kemegahan penghuni rimba Hutan Simpan Dara Beserah ini.

Tidak berapa lama kemudian saya dipintas oleh seorang pendaki umur 40an, beliau kelihatan begitu menumpukan langkahnya. Ketika hampir di puncak saya berselisih pula dengannya. Dia kelihatan tak pada sahaja membuat saya juga tidak berani nak tegur kerana dia tidak angkat muka. Beberapa minit kemudian ketika dalam perjalanan turun, di jalan datar nampak orang itu tunduk menyelia dan mengutip sesuatu, lalu saya tegur, “Kutip buah apa?”.
Dia membalas,“kutip batu sahaja.” Saya kena memulakannya.

Sewaktu turun saya menyapa seorang veteran yang mendaki. Saya beritahu bahawa jalan licin. Beliau bertahu kasut dalam keadaan baik untuk mendaki.

Dikejar pula oleh sekumpulan pelajar. Mereka ialah kumpulan pelajar tingkatan satu MRSM Kuantan turun, 58 orang semuanya disertai oleh dua orang guru. Tahniah guru dan pelajar MRSM, ini adalah satu aktiviti yang baik yang sepatutnya setiap orang pelajar MRSM perlu tempuh sekurang-kurangnya sekali.

Sewaktu hampir tamat, seekor ular hijau baya jari kelengking sedang melintas jalan. Saya beri laluan kepada si hijau itu.

Pagi ini prestasi saya amat baik, boleh berjaalan naik dan turun tanpa berhenti. Boleh berjalan terus tanpa henti, apa sebab?

Saya sedang berjuang membina kekuatan. Kekuatan apa?

2 comments:

  1. salam, tuan..saya juga nak berkongsi cerita pasal panjat gunung.. seingat saya ada peristiwa yang tak dapat saya lupa sampai skang ni.pertama, semasa saya masih belajar di tingkatan 2,saya ikut Aki dan Tok saya mencari akar kayu di hutan Kg. Kuala Sentul.. penat nak mampus...peristiwa kedua semasa sayan mengajar di SK Senderut Kuala Lipis ikut , ikut orang memburu, mula pada pukul 7.30 mlm hingga 3 pagi..( dapat menjamu mata aje.. sempat tengok 2 ekor kijang bertempiaran lari .. keseronokan yang tidak dapat saya lupakan..

    ReplyDelete
  2. Saya juga ada pengalaman sewaktu cuti tunggu keputusan SPM tanuh 1971 di kampung Pesagi. Nak merasa ikut pak saudara menuyluh. Malam itu ikutlah, naik bukit, turun bukit, satu das tembakanpun tak ada, lepas itu sesat pula, terpaksa mengharung paya hingga paras pinggang. Rasa nak tidur aja dlam hutan di Hutan Rotan Dahan. Lepas itu saya bersumpah tak mahu ikut lagi. Ayah saya ketawakan saya dan berkata "Hah padan muka". Ayah saya memang tak suka buat kerja yang tak tentu dapat hasil itu.

    ReplyDelete