Monday, May 24, 2010

Staf PPD Pekan mendaki dan makan angin di Bukit Pelindung





Dah tiga hari saya bercakap fasal yang berat-berat. Kali ini kita rehat minda pula. Ahad 22/5/2010 yang lalu saya ada program bersama JPNP dan JHEOA di SK Permatang Keledang, tak dapat ikut serta aktiviti mendaki Bukit Pelindung. Oleh kerana pegawai di PPD dah mula terpikat dengan Bukit Pelindung, mereka gagahi juga.
Saya nampak mereka kelihatan gembira, tapi bagaimana boleh sampai tepi laut? Rupa-rupanya mereka terlajak turun bukit ikut denai menghala ke pantai Teluk Cempedak. Sesat atau sengaja nak teroka? Bukan main seronok nampak. Nampak seorang adik comel ikut sekali, anak siapa ye? Tak letih ke adik naik dan turun bukit?


Baguslah, ada aktiviti rekreasi, boleh hilangkan penat bekerja tetapi masih dalam kumpulan sepejabat. Ini menandakan ada "team work". Tahniah!
Bila pandang betul-betul dalam gambar atas, adik ni nampak dukung belakng ayah, betul tak?


1 comment:

  1. salam sejahtera, salam 1 malaysia, kalau tuan ada sama mesti lebih seronok sebab ada bahan atau maklumat yang tuan akan sampaikan.

    Lepas sesat kat Teluk Cempedak ada pula yang sesat kat Gelanggang Bowling Kuantan Plaza.tq

    ReplyDelete